atuk pernah pesan, nak cari lelaki,
carilah lelaki yang hebat, atuk demand?
taklah, kerana definisi lelaki hebat di mata atuk ialah
apabila seorang lelaki itu jenis yang tidak melayan
apabila seorang perempuan yang belum halal baginya,
menggedik dengannya,
dia berjaya menepis tangan perempuan yang ingin menyentuhnya,
menjaga percakapannya bersama mereka,
menjaga sentuhannya ketika bersama perempuan,
menjaga adab pergaulannya terhadap perempuan lain,
haa, macam tu barulah lelaki yang hebat :D
dan bagi aku, apa yang atuk cakap tu betul kerana,
apabila seseorang lelaki itu
menjaga batasannya bersama perempuan yang bukan mahramnya,
bererti dia seorang lelaki yang boleh mengawal nafsu,
yang bijak mengurus hidup dan boleh dipercayai.
buat masa ni, aku belum pernah lagi jumpa lelaki yang hebat itu.
dan aku sentiasa berdoa
agar pemilik tulang rusukku ini adalah seorang lelaki yang hebat.
lelaki yang hebat itu bukannya yang kaya dan handsome,
tetapi yang boleh menjadi imam dalam kehidupan aku nanti.
Dan aku percaya,
apabila Allah merasakan yang aku sudah bersedia menerima jodohku,
Allah s.w.t akan menemukan kami,
dan aku mengharapkan
pertemuan itu suatu pertemuan yang indah
dibawah lembayung rahmatNya.
mungkin sekarang,
Allah hanya ingin menguji tahap kecintaan aku terhadapNya,
sekuat mana aku mencintaiNya berbanding manusia.
maka, Allah hadiahkan ujian ini,
ujian hati terhadap manusia lain,
mampukah aku mengawal perasaan aku sendiri.
dan sesungguhnya,
aku sedang berusaha untuk menerima segala ketentuanMu,
kan jodoh tu rahsia Allah,
tapi jangan kita lupa, ajal maut itu juga rahsia Allah,
dalam mengejar dunia ini,
kita juga jangan lupa untuk mengejar akhirat :)
wassalam..