assalamualaikum y'alls .
today aku nak citer something yang funny .
gelak dulu hah hah haa .
pagi tadi kelas start kul 11 .
so boleh lah bangun lambat .
yang paling syok tu hujan pulak pagi ni .
lagi sedap aku tidur .
nak dijadikan cerita , kitorang pun
pergi lah ke politeknik dalam hujan .
tapi tak basahlah coz kitorang naik kereta .
sampai kat poli , lepas dah park kereta ,
kitorang pun menapak lah nak pergi kelas .
oleh kerana hujan , aku pun bukaklah payung .
kitorang berlima , aku bawak satu payung , orien bawak satu ,
yang berpayung dengan aku , si emy and fiqah ,
najwa and orien jalan kat belakang .
oleh kerana sempit , emy tak nak berpayung jugak .
tinggallah aku dengan fiqah ,
pagi tu aku rasa overconfident pulak sebab ada payung ,
aku and fiqah pun jalan lah
dengan confidentnya di bawah payung yang satu tu .
tiba-tiba , kitorang selisih dengan 2 orang student lelaki yang naik motor ,
yang penumpang tu gelak tengok kitorang , aku pun pelik tapi ,
still jalan penuh confident lagi , pastu , tetiba emy tegur dari belakang ,
'weii , apasal korang tutup payung tu ?' .
aku pun pelik , bila masa aku tutup payung ?
aku pun tengok lah payung aku , 'eh apsal kuncup je payung ni ? '
oh tidak , aku tak perasan payung aku tertutup dengan sendiri .
malunya .
sepanjang kitorang berjalan guna payung tu ,
payung tu kuncup je kat atas kepala kitorang .
aduhaiii . malunya .
patutlah student lelaki tu gelak tengok aku and fiqah tadi .
dah la jalan penuh confident . payung kat atas kepala kuncup rupanya .
aku tengok muka fiqah , fiqah tengok muka aku .
pastu apalagi , kitorang pun tergelak lah macam
kena geletek kat tengah-tengah parking tu .
pengalaman zaman student tuuu .
hehhehhe . ok lah ,
see ya .